anda si stalker yang comel !

calling cards

Thanks you, anda comel :)

sekarang baru pukul :)

Wednesday, March 23, 2011

Muzik itu bagaikan udara, Kata AIZDEAN artis J-POP Malaysia pertama di Jepun


Siapa AIZDEAN nie? mesti korang semua tertanya tanya siapa budak yang bernama aizdean nie? Untuk pengetahuan korang la kan Aizdean ni merupakan merupakan seorang pelajar tajaan JPA yang melanjutkan pelajaran ke Jepun.Beliau yang merupakan graduan jurusan Kejuruteraan Elektronik di The University of Electro-Communications, Tokyo ! AIZDEAN ataupun nama sebenarnya Muhammad Aizuddin Bin Anwar merupakan artis J-POP Malaysia pertama di Jepun.Beliau yang berasal daripada Selayang Selangor. Kini beliau berumur 27 tahun , Beliau juga merupakan artis yang agak terkenal disana iaitu di negara matahari terbit tak lain tak bukan ialah di Jepun. Beliau juga menggap bahasa jepun adalah satu bahasa yang unik . Fasih berbahasa jepun juga merupakan salah satu faktor kejayaan beliau :)


Beliau juga telah mengeluarkan album sulungnya yang bertajuk HADIAH-The First Step  di dalam bahasa Jepun di bawah syarikat rakaman antarabangsa  iaitu HUDSON MUSIC ENTERTAINMENT adalah amat membanggakan ! Apatah lagi singlenya yang bertajuk I Need You Baby telah di muat turun sebanyak 30,000 di Jepun dan menduduki carta number 2 yang terbanyak di muat turun di laman web terkenal di jepun . Lebih membanggakan apabila album yang didatangkan dalam versi Jepun itu turut dipasarkan di pasaran Amerika Syarikat dan Eropah menerusi iTunes.Perjalanan seni beliau bermulanya dengan perginya beliau  ke “lifehouse”, beliau mencari peluang untuk mendekatkan diri dengan pemuzik-pemuzik di sana.


Pada mulanya beliau hanyalah seorang penyanyi latar kepada artis artis jepun,Pengaruh muzik J pop membuatkan beliau ingin  menjadi seorang artis . Pengalaman menjadi penyayi latar membuatkan dia diberi kepercayaan oleh seorang komposer jepun untuk menyayikan lagu DEMO ! Oh ya beliau juga mahu dilebel sabagai artis yang BERDISPLIN, BERDEDIKASI dan TERPELAJAR ! 


Aizdean telah membuat persembahan di depan orang ramai pada Disember 2008,Kini beliau telah mengadakan lebih 200 persembahan solo mahupun berkumpulan :) 
Antara lagu-lagu yang terdapat dalam album HADIAH -The First Step ialah I Need You Baby, Mou Ichido, Alright, Donft Go Away, Yell -Wonft Let You Go-, My Hero, MUSIC, Arigato, One & Everything For You. Aizdean juga telah muncul dengan single terbaru yang bertajuk Show Me The Glory pada Julai lepas.


Jika anda minat Aizdean ni or ingin tahu lebih lanjut mengenai aizdean ini anda boleh lah like page nie  Facebook Aizdean , dan ini adalah blog dan website beliau muzikaizdean.blogspot.com dan  aizdean.com







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...